Bismillahirrahmanirrahim,
Segala Puji pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Rasulullah S.A.W dan keluarganya dan para sahabatnya dan para tabii'in. Alhamdulillah Allah masih memberikan keizinanNya untuk diri ini bernafas dan terus menaip. Hanya secebis ilmu yang diperoleh, moga ianya bermanfaat untuk umat.
Tetiba pagi ini, rasa muram menyelubungi diri..rasa malu, sedih..sahabatku bertanya kepadaku, adakah aku dalam keadaan baik?
Jawabku, "Ya, saya dalam keadaan baik". tapi hakikatnya..rasa takut dan malu menyelubungi diri ini. Allah yang mencampakkan rasa ini padaku.
Inilah doa yang di amalkan,
Ya Allah, Ya Tuhanku, moga moga kabulkanlah padaku, perkenankanlah kiranya, jadikanlah cintaku kepadaMu melebihi cintaku kepada diriku sendiri, ahli keluargaku dan dari air yang sejuk.
Terasa sangat rindu pada Allah sehinggakan rasa malu pada Sang Pencinta Sejati. Yang sentiasa Mencintai hamba hambaNya yang sering lupa pada Yang Maha Mencintai.
Jika satu pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, mabuk asmara dalam alam percintaan mereka, sudah pasti akan saling rindu merindui antara satu sama lain. Rasa hendak berjumpa pasangan kekasihnya itu membuak buak dalam diri mereka. Tidak sabar hendak menemui pujaan hati mereka. Ada juga yang saling mengungkapi ungkapan cinta yang indah indah tidak terbayang melalui pandangan mata, ianya di ungkap melalui kata kata indah untuk memuji pujaan hati mereka.
"Sayang, I love U", "Sarang Hae", "Aisheteru" dan pelbagai lagi bahasa yang digunakan oleh mereka dalam meluahkan rasa cinta yang terpendam di dalam jiwa.
Teringat saya lagu di cipta oleh Tan Sri P. Ramlee, "Bekorban Apa Saja"..Itu juga boleh melambangkan pengorbanan demi cinta sejati. Berbeza cinta para pejuang islam dahulu kala yang sangat cinta pada Allah dan Rasul sampai sanggup korbankan harta, tenaga hatta nyawa sekalipun. tapi cinta kita pasti tidak seperti itu. Malunyerrrrr..
Sang Pecinta Sejati
Tapi siapa yang patut kita cintai? Allah adalah Sang Pecinta sejati, yang tidak pernah berkurangan cintaNya kepada hambaNya. Tengok seorang ibu melarang anak kecilnya bermain jauh darinya, pasti budak itu akan menangis, tapi sebab sayangkan anaknya, ibu melarang kerana takut ianya akan mengundang bahaya kepada anaknya. Kasih sayang Allah kepada kita, lebih dari kasih dan sayangnya ibu pada anak. Cinta Allah pada kita lebih dari cinta hambaNya kepada Allah. Allah Ar Rahman, Ar Rahim..Allah melarang sesuatu kerana Allah sayangkan kita, Allah tidak mahu kita tercampak ke neraka yang sentiasa menganga menanti bahan bakar. Allah tidak mahu hamba kesayanganNya menjadi penghuni neraka api yang menjulang julang. Subhanallah..
Malu pada Allah
Kepada siapa telah kita letakkan cinta yang utama? bila soalan ini timbul, pasti lidah lidah kita akan menjawab, "Sudah tentu Allah dan Nabi". Subhanallah, hebatnya lidah tidak bertulang ini menjawab. Tanya pada diri kita, selama kita hidup ini, kepada siapa sebenarnya kita letakkan cinta kita yang utama? Jujurlah dengan diri kita sendiri. Malu itu muncul..kerana telah meletakkan cinta yang utama pada selain Allah, Allah selalu cinta pada kita, melebihi dari pasangan kekasih yang sedang bercinta. Allah...Malu aku padaMu, telah banyak tahun sudah aku hidup, namun jarang sekali aku merasai cinta padaMu. Engkau yang selalu merindui dan menyayangi hambaMu, Engkau menjemput hambaMu untuk menemuiMu dalam setiap solat mereka. Engkau selalu merindui HambaMu yang selalu lupa pada Mu.
Pernah sy tanyakan kepada rakan saya, "kalau kamu cintakan pada sesuatu, apa yang kamu akan lakukan?" Jawabnya,"Saya akan hargainya, begitu juga rindu, saya akan jaga ia sebaik mungkin". Tetapi kalau kita tanya diri kita balik, pernah ke kita sayang Allah sebegitu rupa? adakah kita sudah hargai cinta Allah pada kita? Adakah kita sudah menjaga hubungan kita dengan Allah sebaik mungkin? Malu pada Allah kalau kita fikirkan ini. Mungkin di luar sana banyak lagi pendapat yang berbeda, tapi ini dari saya.
Sayang Allah pada HambaNya

Allah terlalu sayangkan HambaNya, pernah tak kita minta pada Allah, Allah tak bagi? Jawapannya pasti tidak..Allah pasti akan perkenankan permintaan kita, itukan janji Allah. Tapi kadang kadang Allah tak bagi seperti apa yang kita minta, tapi ketahuilah ya akhi/ukhti, Allah beri apa yang kita perlu.
Pabila kita dalam keadaan sedih, Allah sebenarnya tidak sanggup melihat hambaNya sedih. Pasti Allah akan menggembirakan hambaNya suatu masa nanti..
Pabila kita dalam keadaan sedih, Allah sebenarnya tidak sanggup melihat hambaNya sedih. Pasti Allah akan menggembirakan hambaNya suatu masa nanti..
Teringat saya kata kata ukhti ni " Sabar Akhi, ini adalah ujian Allah untuk akhi, nanti suatu masa Allah akan bagi kegembiraan pada akhi, masa tu akhi senyum je". Alangkah bahagia bila membayangkan saat tu. Allah sekali kali tidak akan membiarkan kita dalam sedih je.
Allah Maha Bijaksana, perancangan Allah, kita tidak tahu. tapi ianya sangat baik untuk kita, walaupun pada pandangan kita ianya tidak baik.
"dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Al Baqarah - 216
Jadi, kenali lah Allah, maka akan cinta pada Allah. Allah sentiasa menanti hambaNya kembali kepadaNya..

No comments:
Post a Comment