Assalamualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Penghulu Kami, Muhammad S.A.W dan keatas ahli keluarganya, dan para sahabatnya serta para tabi' tabi'in..
Bila cerita tentang cinta, kita boleh lihat remaja hari ini mem"busy"kn diri mereka dengan mencari cinta. teringat pula cerita "30 hari mencari cinta" dan banyak lagi filem yang menayangkan cerita cerita mencari cinta.
Sweet =)
Tapi ketahuilah, bercinta sebelum berkahwin merupakan satu bahana kepada ramaja. Ia akan menjadikan remaja kita semakin lemah dan terus lemah. Kerana apa lemah? Kerana remaja yang sepatutnya memenuhi tuntutan ibu bapanya untuk terus belajar mendapatkan ilmu sekurang kurang nya diploma ataupun ijazah, tetapi telah lena dibuai keasyikan cinta yang belum pasti ianya halal untuk kita cintai. Namun, cinta dan remaja sudah pasti tidak dapat di pisahkan. Seakan Irama dan Lagu, Uda dan Dara, dan banyak lagi ungkapan yang kita boleh samakan cinta dan remaja.
Cinta ini satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan melalui perkataan, ia perlu dirasa manisnya cinta ini. Sebut sahaja nama si dia, sudah pasti akan tersenyum lebar. Kata orang, kalau tidak dapat tengok si dia, dapat tengok bumbung rumahnya pun boleh senyum, asalkan ada kaitan dengan si dia. itu lah serba sedikit yang di gambarkan tentang mabuk asmara cinta. Setiap remaja, pasti akan rasa perasaan ini.
Cintailah kerana Allah,
Ada juga antara kita mencintai sesuatu kerana ada something yang special ada pada diri si dia.
"hmm..sy suke kt awk, sbb awk ni ade sifat sifat keibuan la.."
"awk ni comel la..sy suke awk..sbb comel.."
kalau islamik sikit..."i love your fillah"..
Itu semua sebenarnya lumrah, tetapi kita kena beringat, adakah perasaan ini lahir dari Allah, atau dari bisikan syaitan. Terkadang, kita keliru dengan perasaan sendiri..tanya diri kita balik..kerana apa kita lakukan ini? apa matlamat kita? terutama adik adik ku yang masih bersekolah tu..
Cinta itu bisa melalaikan kita, pada mulanya kita akan menjadikan cinta itu agak islamik, kita akan bercerita tentang islam, untuk menunjukkan kepada si dia bahawa kita ada ilmu agama. Jangan tertipu yeh wanita wanita di luar sana..Sesuatu yang haram akan di cantikkan oleh syaitan. Syaitan akan menghiasi perjalanan ini dengan bunga bunga cinta yang kita rasa ianya benar, tetapi ianya palsu belaka.
Cintailah dia kerana Allah, sayangkan dia kerana Allah. macam mana yeh? Ini menurut saya, kalau salah asif ya...ada lagi pendapat pendapat dari orang yang arif dari saya..
Kalau kita sayangkan dia, kita pastikan kita dan si dia tidak lalai dengan bahana cinta..
"tapi saya rindukan dia laaa"
kalau rindu, sampaikan saja rindu mu itu pada Tuhan mu, bagitahu yang Maha Merindui kita, kita cinta pada dia, kita rindu pada dia..sampaikan saja pada Allah. Allah pasti akan dengar luahan hati kita..sayangnya Allah kt kita kan?

Tapi saya da ikat perjanjian dengan dia?
bagi yang sudah berjanji, itu adalah satu ikhtiar dalam mencari jodoh, berjanji kepada pasangan untuk menikahinya dalam tempoh yang dipersetujui oleh dua pihak..tapi jangan jadikan perjanjian itu suatu tiket untuk kita keluar date sama sama.. lalai dengan ber"SMS"..malah sebaiknya dalam tempoh itu kita kumpul ilmu sebanyak mungkin terutama ilmu agama dan ilmu rumahtangga sebagai persiapan dalam membina rumahtangga bersama si dia kelak. Ketahuilah akhi dan ukhti, Jodoh itu rahsia Allah..Siapkanlah diri kita sebaik mungkin..ia kan datang dari Allah untuk kamu..
*Jika rindukan si dia, luahkan rindu mu itu pada Yang Maha Merindui kita, Jika kita mencintai dia, luahkan cinta kita pada Yang Maha Mencintai kita..Jika kita sayang akan dia, luahkan kepada Yang Maha Menyayangi kita...

Semoga perkenalan itu, di akhiri dengan ijab dan qabul yang sah dari sisi Allah..
Syaitan telah berputus asa menyesatkan mu dalam urusan yang besar, maka hati hatilah dengan perkara perkara yang kecil..
Asif jiddan terlalu banyak kekurangan ana..