Sunday, July 3, 2016

Puisi Untuk Cinta!

Assalamualaikum,

Segala Puji Pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam,
Selawat dan Salam keatas Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Salam.

Sayang,

Abg titipkan puisi ini ketika kamu hadir dalam pandanganku detik ini..ketahuilah bahawa abg sentiasa sayangkan isteri abg...terimalah puisi khas untuk dirimu wahai isteriku..

CINTA

Oleh : Amirul Izzat


Wahai Cinta,
Memang engkau bukan yang pertama,
Namun engkau yang terakhir buatku,
Seluruh Jiwaku,
Ragaku,
Kehidupanku,
Ku ingin bersamamu,
Sedang hidup itu bisa berakhir kapan saja,
Dan aku tidak bisa hidup tanpa adanya kamu,

Wahai Cinta,
Senyummu membahagiakan,
Tawamu itu sukma,
Yang Selalu wujud dalam kotak kepalaku,
Kamu itu bisa bikin aku ketawa,
Kamu Hadirkan Cinta dalam hidupku,
Kamu itu pelangi yang mewarna,
Perjalananku,

Apa itu Cinta?
Ada Apa dengan Cinta?
Tanda tanya itu bikin aku ingin mengerti,
Bahawa Cinta itu adalah kamu,
dan kamu itu membahagiakan,

Itulah cinta menurutku,
Sang Pencinta kamu,
Terima Kasih Cinta,

Saya Cintakan kamu!




Sunday, March 9, 2014

Menanti mu...


Hari hari ku di sulam pilu
Hatiku libang libu
Entah kenapa 
Seolah aku merasa keperitan
Alam turut menangisi mu
Alam pun mendung tak berhujan

Seakan menahan kesedihan
Menambah lagi kesedihanku
Aku tak tau engkau di mana
Apa di langit apa di bumi
Engkau tiada tanda
Engkau tiada bicara
Engkau diam seribu bahasa

Hati ini bagai menyatu dengan ibu mu
Hati ini bagai menyatu dengan suamimu
Hati ini bagai menyatu dengan ayahmu.
Hati ini bagai menyatu denganmu

Aku turut merasa
Pilunya tanpa kau di sisi
Pergimu gembira
Entah kapan kau pulang

Aku tunggu dan terus menunggu
Khabar dari mu
Khabarmu dari seberang
Aku masih menanti mu
Dalam kepiluan
Dalam duka
Dalam harap
Semoga engkau pulang



Amirul Izzat Bin Abdul Rahman
Wangsa Maju,
9 Mac 2014
9.30p.m

Thursday, January 2, 2014

adakah Kita kenal Tuhan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji Pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Penghulu Kami, Muhammad S.A.W dan keatas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya serta para tabi' tabi'in.

Alhamdulillah, Allah masih memberiku ilham untuk menukilkan segala yang bersarang di ruang minda ku ini. Semoga titipan ini memberi manfaat pada sesiapa yang membacanya.

Adakah kita kenal Tuhan kita?

Bila bicara tentang Allah, semua pasti tahu Allah itu Tuhan dan Allah ialah nama bagi Tuhan. Tuhan ialah kedudukan bagi Allah. Anologinya seperti ini, ali ialah ayah kepada abu. Tapi siapakah Ali? jawapannya tentu ayah kepada abu iaitu kedudukan Ali itu ayah kepada Abu. Siapa nama ayah abu? jawapannya Ali. kembali kepada konsep tadi, Tuhan itu kedudukan bagi Allah dan Allah itu adalah nama bagi Tuhan.

Pada hakikatnya, ramai orang tahu Allah itu Tuhan mereka, tapi ramai yang tidak sedar yang Allah itu Tuhan mereka. Tahu dan sedar itu perkara yang berbeza. Kita tahu kita punya Tuhan, yang menjadikan kita yang memerintah kita supaya menurut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dan kita perlu mengabdikan diri kepadaNya, tapi kita mengendahkan sahaja kerana kita sekadar tahu Allah itu Tuhan. Sedar pula kita tahu Allah itu Tuhan dan kita mentaati segala PerintahNya dan menjauhi segala laranganNya dan kita hanya mengharap kepada Allah sahaja, tidak kepada yang lain selainNya. Kita termasuk didalam golongan yang mana? tahu atau sedar?.....??

Ketika kita sakit demam misalnya, siapakah yang kita cari? pasti kita akan ke klinik untuk bertemu doktor yang akan memeriksa diri kita dan bertanya sakit apa dan memberi ubat yang sesuai untuk diri kita. Jika kita kehausan, kita pasti akan mencari air. Jika kereta kita rosak, kita akan ke bengkel dan mekanik pasti bertanya kepada kita, apa yang rosak pada kereta kita dan lalu membaikinya. Ini kerana kita tahu apa yang kita cari dan kita kenal tempat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kita. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa Allah lah yang utama sepatutnya yang kita cari? Kerana Allah pemilik diri kita ini. Pernahkah ketika kita sakit kita cari Allah mohon semoga Allah menyembuhkan kita? Bila mana kita menghadapi kesulitan tapi kita tidak mendatangi Allah sebenarnya kita belum cukup kenal pada Tuhan kita, seperti mana kita mengenal doktor ketika kita sakit, kita tidak mengenal Allah seperti kita mengenal mekanik ketika kereta rosak dan mengenal air yang bisa menghilangkan ketika dahaga.. Kalau kita mengadu pada Allah, Dia tidak akan bertanyakan kepada kita apa masalah kita, malah Allah Maha Tahu akan menyelesaikan segala permasalahan kita tanpa kita berdoa sekali pun. Begitu Allah Maha Hebat. Tapi sedikit sahaja yang mengetahui dan sedikit sahaja yang bersyukur.

Allah itu Dekat

Tahajjud itu adalah sumber kekuatan mukmin. Khalifah Umar Abdul Aziz yang memimpin tentera yang hebat, Sultan Muhammad Al Fateh juga seorang Sultan yang muda dan juga penakluk antara ahli tahajjud. Melalui tahajjud akan melahirkan kekuatan roh dalam perjuangan. Kekuatan dan keteguhan aqidah juga datan lewat tahujjud kita. Menurut Syeikh Daud Abdullah Fathani dalam kitabnya "Munyatul Musolli" solat itu boleh di ibaratkan apa yang kita sembahkan kepada Raja. Adakala, kita hanya melakukan perkara yang terdapat dalam rukun solat sahaja sehingga kita tinggal perkara yang sunat di dalam solat kita, di ibarat seperti kita mempersembahkan kepada Sang Raja sesuatu yang tidak sempurna sifatnya. Kalau anggota badan, seperti tidak berkepala, tidak bertangan dan hanya jasad dan tidak ada roh di dalamnya. Jadi, solatlah dengan sesempurna solat. Solat itu ialah urusan antara kita dengan Al Malik Al Mulk. Kalau urusan dengan Allah pun kita bersambil lewa, maka usah di tanya bagaimana urusan sesama manusia. 

Allah memberitahu kita lewat Quran dalam surah Al Baqarah : 186

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

Allah memberitahu bahawa Dia dekat dengan HambaNya dan memperkenankan permohonan hambanNya dan memerintahkan kita supaya menuruti perintahNya dan percaya padaNya. Kalaulah di dalam kehidupan ini, kita mengetahui bahawa Pemimpin besar ingin bertemu kita secara privasi apakah perasaan dan persediaan kita? sudah tentu kita akan siapkan segala persiapan untuk menyambut pemimpin atau raja itu dengan makanan yang enak, menghiasi segalanya supaya nampak indah. Tapi Allah juga datang pada kita tiap tiap hari dan amat menyedihkan ramai di antara kita yang sedang di buai mimpi ketika Allah datang pada kita. Kenapa kita tidak menyambut kedatangan Allah lebih lagi dari seperti kita menyambut pemimpin itu tadi. Lalu tanyakan lah pada diri, kenapa kita biarkan Allah datang tanpa menyambutnya dengan keimanan dan ketaqwaan.

Saudaraku,


Dalam kita mencari khusyuk, solat tahajjud ialah jawapannya,

"Hai orang yang berselimut (Muhammad), Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)." (Surah Muzzammil : 1-7)

Segala permasalahan kita, cukuplah Allah tempat kita bergantung. Sudah lupakah kita pada pada Surah Al Ikhlas? Atau kita hanya sering membacanya sahaja tetapi tidak tahu apa intipati ayatnya? 

"Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu." (Surah Al Ikhlas : 2)

Sejauh mana kita bergantung pada Allah? adakah kita hanya mencari Allah ketika susah? Ingatilah Allah itu tiap waktu. Ingatlah bukan hanya menggunakan lidah dan untaian tasbih, tetapi zikirlah dengan mata, akal, dan hati. Tatkala di tengah ramai sekali pun hati kita masih mengingati Allah. Bukan hanya ingati Allah ketika solat atau ketika susah. Allah itu perlu di ingat tiap waktu.

Ada orang hanya tahu sungguh tentang konsep tauhid secarai teoritikal tapi alangkah sedihnya apabila dia sekadar mengetahui tetapi tidak menjadikan ilmu itu sebagai amalan di dalam kehidupan sehariannya, dan ada orang tidak tahu secara formal konsep tauhid. tapi secara tidak formal dia kenal Tuhannya dan berharap kepada Tuhannya atas segala sesuatu dalam kehidupan di dunia mahupun di Akhirat.

Ciri ciri ini sebenarnya perlu ada pada setiap daie itu kerana ini akan membentuk diri daie yang sejati dalam menegakkan Kalimah Tauhid di atas Muka bumi ini. Mohonlah kepada Allah hatta kita mencari parking kereta sekali pun. Allah pasti perkenankan. Tahajjudlah di malam hari, bacalah titipan kasih sayang dari Rabb iaitu Quran dan tadabburlah ia agar kita menjadi mukmin sejati dan bisa bangun mempertahankan islam demi Tuhan dan RasulNya dan agar kita layak mendapat Iradah Ilahiyyah iaitu pertolongan Allah yang Allah berikan kepada Ahli Badr. Iradah Ilahiyyah kini telah tiada kerana ketaqwaan umat ini tidak layak mendapat Iradah Ilahiyyah dalam apa jua keadaan. Semoga umat zaman ini mampu terus menegakkan kalimah tauhid yang telah tenggelam dengan sebiji ubat. Kerana ubat juga kita telah syirik tanpa sedar. Walaupun dengan mengucapkan "Alhamdulillah, dah makan ubat tadi, sembuh dah.." sebenarnya kita hanya memuji Allah, tapi kita tidak menyatakan Allah lah yang menyembuhkan kita melalui ubat. Kembalilah kepada Allah !


Tuesday, December 17, 2013

Virus Virus Virus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji Pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Penghulu Kami, Muhammad S.A.W dan keatas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya serta para tabi' tabi'in.

Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi diri ini Ilham untuk terus menaip. Semoga hasil penulisan ini, pandangan ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Amin!

Kita pasti pernah mendengar perkataan virus. Kebiasaannya virus ini dikaitkan dengan penyakit ataupun wabak kepada individu yang terkena penyakit. Sesiapa yang terkena virus, pasti tak tertahan sakitnya hatta tidak mampu untuk bangun sekalipun dan ada yang bisa menyebabkan kematian. Itulah akibat kalau kita terkena virus atau wabak yang merbahaya.

Rangkap yang pertama tadi itu adalah anologi bagi virus yang mana jika terkena pada kita, pasti kita akan lumpuh jika tidak ketemu ubatnya. Seperti diketahui jika terkena virus, bisa maut. tapi bagaimanakah jika kita sudah dihunggapi virus di jalan dakwah ini? Kita mengetahui, jalan dakwah bukan satu jalan yang mudah. Jalan dakwah ialah jalan yang paling mencabar. Ia telah di buktikan oleh para anbia yang wajib melalui jalan jalan ini untuk memakmurkan bumi ini dan untuk menegakkan Kalimah Tauhid di bumi Allah ini. 
Profession dakwah juga sebenarnya adalah profession yang teratas berbanding profession kita sebagai jurutera, arkitek, dan yang lainnya kerana segala bentuk kegiatan di luar rangka dakwah dan amal soleh biar betapa hebat dan gagah tampak lahirnya, pada hakikatnya ia tidak punyai nilai. Kegiatan para penulis, penyarah, ahli akedemik, ahli politik dan orang orang professional dan seumpanya tidak bercirikan "da'a ilallahi wa 'amila  soliha...(Surah Fussilat :33)." sebenarnya adalah kegiatan kosong walaupun hebat gema dan gegarnya. 

Namun, dalam melalui perjalanan demi kejayaan, seseorang itu pasti akan terkena onak duri cabaran dalam perjalanan itu. Sama juga seperti dakwah, pasti ada juga onak duri dalam perjalanan dakwahnya karena itu yang melambangkan kemanisan, kenikmatan, kekuatan dalam jalan dakwah ini.


Aku juga terkena Virus



Virus dakwah ini sangat merbahaya setimpal dengan profession dakwah yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Virus yang telah menular di dalam diri seorang daie itu menyebabkan dia boleh menjauhkan dirinya dari jemaahnya. Apabila Ikhwah dalam jemaah menyedari ada di kalangan anggota mereka semakin menghindari jemaah tanpa sebab dan sering beralasan ianya merupakan satu tanda anggota mereka telah terkena virus. Jadi rakan rakan dalam dakwah perlu mendampingi mereka dan jangan biar mereka bersendirian dengan "dunia" mereka. Adakalanya, seseorang terkena virus ini sibuk dengan khayalan mereka di jalan dakwah ini yang sebenarnya di gambarkan oleh syaitan yang akan senantiasa cuba merosakkan satu persatu dari kita di jalan dakwah ini. Kalau namanya virus, pasti akan merebak. Virus ini merebak melalui percakapan, idea idea yang di kemukakan oleh individu yang di khayalkan oleh syaitan yang tanpa disedari ianya boleh menjatuhkan jalan sebenar dakwah. Pada hakikatnya, individu yang terkena virus atau wabak ini tidak menyedari yang mereka sedang di hinggapi virus yang merbahaya ini. Jalan dakwah ini perlu di iringi dengan Amal soleh dan amalan yang bisa meningkatkan keimanan kepada Alla SWT. Hampir setiap orang dalam jalan ini pasti akan terkena wabak wabak ini kerana bila dikatakan dengan dakwah, pasti akan terkait dengan iman. Iman manusia itu tidak sebanding dengan iman para malaikat dan para anbiya. Iman manusia itu adakalanya ada pasang surutnya, naik turunnya seperti sabda Nabi SAW :

”Iman itu kadang naik kadang turun maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Bila iman pun akan naik turun, pasang surut, maka jalan dakwah juga akan terkesan kerana iman dan dakwah itu satu perkara yang terkait. Maka ubat bagi virus ini ialah kembali kepada jemaah. Bukan jemaah persatuan atau jemaah parti. Sebaliknya kembali ke solat berjemaah. Bila dikaitkan dengan jemaah, maka akan terkait sekali dengan masjid. Pemuda yang hati nya tertaut dengan masjid ini akan menjadikan jalan ini kembali segar dan akan melihat jalan dakwah ini dengan pandangan yang baru. Masjid yang berfungsi membentuk masyarakat bertaqwa masyarakat tertumpu ke masjid untuk memperteguhkan iman dan taqwa. Bukan masjid dijadikan medium untuk menyebar pandangan pandangan yang bersifat propaganda dan indoktrinasi. Ini adalah salah satu ubat bagi orang yang terkena virus untuk kembali pulih dan meneruskan langkahan di jalan dakwah ini. Semoga Allah kurniakan kita hati hati yang sentiasa tertaut pada masjid. Amin!!

Cita cita

Saudara saudaraku,
Orang yang baik adalah orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain. Setiap orang punya cita cita, Sejak kecil, kita sudah di ajar oleh ibu abah tentang cita cita. Apa yang kita nak jadi di masa akan datang? itu masa kecil. Tapi adakah kita jadi seperti yang kita cita cita kan? Tapi persoalan yang perlu di fikirkan ialah pernahkan kita sebagai daie bercita cita kepada sesuatu di jalan ini. Cita cita ini bukanlah sesuatu yang boleh menguntungkan diri kita dan ianya menguntugkan islam dan masyarakat. Tapi sebenarnya kita perlu berjiwa besar dalam bercita cita. Kita ambil contoh di zaman kegemilangan islam. Bagaimana para sahabat bercita cita untuk syahid. Para sahabat bercita cita untuk menyebarkan dan menegakkan Kalimah Tauhid di seluruh pelusuk dunia. Bagaimana cita cita para solihin, mujahid, untuk menawan kota kota besar di dunia seperti Constantinopol. Tapi itu dahulu, di zaman kegemilangan islam. Yang perlu kita ambil ialah semangat, dan cita cita mereka dan kita jadikan ia meresap ke jiwa kita. Seperti di era 70'an kita lihat gerakan dakwah yang dijalankan (ABIM) ketika itu adalah memastikan supaya ada pemahaman islam dan di sekolah perlunya menutup aurat sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan sehingga kini kita boleh menikmati perjuangan dakwah mereka dengan melihat anak anak, adik adik kita menutup aurat ke sekolah. Seorang daie yang punya cita cita, pasti ada matlamat. Jika punya matlamat pasti ada jalan untuk mencapai cita cita itu. Menurut Dr Siddiq Fadzil, Dakwah harus menjurus ke arah penghayatan islam dalam segala aspek kehidupan individu dan masyarakat, sehingga segala sesuatu benar benar merupakan terjemahan praktik yang setepat tepatnya dari serluruh Ajaran Islam. Jadi marilah kita berfikir apakah cita cita kita dalam jalan dakwah ini? dan setelah itu bertindaklah. Semoga Allah memberi kita taufiq dan hidayahNya kepada kita. Amin!!


Semoga Allah kekalkan kita di jalan dakwah ini, semoga Allah memilih kita untuk berada di jalan dakwah ini..Amin!!

Wednesday, November 20, 2013

Satu Permulaan

Engkau adalah permulaan,
Permulaan ku dalam pencarian,
Mencari kebenaran dalam kebenaran,

Aku tak tahu,
Apa yang jadi denganku,
Hati ku mahukan cahaya kebenaran,
Di dalam kebenaran,
Aku gelap, aku buta,
Sedangkan jalan terbentang luas
Di depanku,

Engkau hujani aku dengan
Tanda Tanya,
Mencetus jiwa untuk mula mencari,
Kebenaran dalam kebenaran,

Melihat umat lena dengan selimut,
Tapi engkau sedarkan aku,
Tapi aku tak berdaya,
Tak berdaya kejutkan umat,
Apatah lagi bangunkan diri,

Aku mampu melihat,
Tapi tak mampu menyentuh,
Hati kata engkau,
Hakikat bukan engkau,

Engkau pencetus semangat,
Engkau juga permulaan,
Mencari kebenaran dalam kebenaran.

Wednesday, November 13, 2013

Duhai Anak Bangsaku, Dengarlah rintihan Hatiku

Tiadalah gunanya perjuangan,
jika tiada Asas dan dasar yang kukuh

Apakah erti perjuangan
Jika Al Quran bukan pegangan
As Sunnah bukan ikutan,
jika Allah bukan matlamat utamanya. 

Apakah erti pahlawan,
Jika keris itu jadi pujaan
Bukan iman jadi pegangan

Apakah erti Khalifah,
Jika diri semakin haloba
Rakyat hidup sengsara,
lapar,kehausan mencari
setitik kehidupan
Di Bumi Bertuah ini

Apa kamu bangga dengan kekayaan?
Jika ikhwanmu
Luntur imannya, 
Pudar akhlaknya,
Lesap malunya,
Keras hatinya,

Inilah anak bangsaku.

Monday, September 30, 2013

Aku Cintakan Kamu

Assalamualaikum..

Segala Puji Pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar ke atas Penghulu kami, Muhammad S.A.W yang kita cintai dan ikuti sunnahnya, dan kita hormati sesiapa yang menghormati Baginda Nabi S.A.W dan kita memusuhi sesiapa yang mencela Baginda Nabi S.A.W baik dari segi ucapan dan perbuatan.

Saudaraku,

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
                Seorang laki-laki di atas agama  sahabat dekatnya, maka hendaknya seseorang di antara kalian melihat kepada siapa dia bersahabat. (HR At tirmizi, Abu Daud, Imam Ahmad)

Aku mulakan nukilanku dengan membenarkan apa yang telah di katakan Baginda Nabi SAW. Suatu ketika dulu, aku pernah berdoa kepada Rabb ku,

Ya Allah Ya Tuhanku, Moga moga kabulkanlah padaku,
Aku ingin mengenali Mu Rabb,
Aku ingin mencintai Mu Rabb,
Izinkanlah Aku untuk mengenali Mu,
agar aku dapat mencintai Mu,
Rabb,
Letakkanlah rasa cinta dalam hatiku kepada Mu,
Rasa cintaku pada orang yang mencintai Mu,
Rasa cintaku pada orang yang mengajakku untuk mencintai Mu,
Rasa cintaku pada orang yang mengajakku mengamalkan amalan untuk mencintai Mu.

Segala Puji bagi Mu Rabb, Engkau telah perkenankan doaku. Engkau telah meletakkan rasa cintaku, rinduku pada rakan seperjuanganku kerana Mu.

Sahabat,

Aku tidak pernah merasa suatu kenikmatan dalam bersahabat sehingga Allah ketemukan aku dengan kalian. Aku tidak pernah merasa kenikmatan mencintai saudara seagama denganku sehingga aku berjumpa kalian. Aku tidak pernah merasa bahagia dalam bersahabat sehingga aku berjumpa kalian. Allah sumber kekuatanku, kalian sumber kebangkitanku. Aku perlukan kalian untuk membimbing ku, aku perlukan kalian untuk bersama ku pada jalan dakwah ini. Kejutkanlah aku jika aku lena. Bangunkanlah aku jika aku tidur. Tarik tanganku jika aku pegun berdiri. Ajari aku jika aku jahil. Ingatkan aku jika aku lupa. Aku ingin menangis dengan kalian, aku ingin ketawa dengan kalian. Peluklah aku jika aku takut.

Ikhwahku,





Kita telah mendaki bersama, dan telah turun bersama. Semoga itulah simbolik kekuatan persaudaraan kita dalam perjuangan. Aku bukan siapa siapa jika kalian tidak  bersamaku. Pelukan kalian memberikan aku kekuatan dalam perjuangan.

Bantulah aku untuk aku selalu mengingati Tuhanku, mencintai Nabi ku, mencintai saudara seagama denganku. Kalian sumber kebangkitanku.

=)))