Assalamualaikum,
Segala Puji Pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam keatas Pesuruh Allah, Sayyidina Muhammad S.A.W dan juga ke atas keluarga Baginda Nabi dan Para Sahabat serta tabi' dan tabii'in.
Wahai gadis yang akan ku jadikan dirimu suri di hatiku,
Alhamdulillah, hampir 5 bulan kita bertunang. Semoga pertunangan ini akan lebih mendekatkan aku dengan Tuhan mu untuk aku mencari segala ilmu yang ada sebagai bekalan kita kelak. Mohon doanya untuk kita, Semoga niat murni kita di mudahkan Allah.
Kamu,
Hatiku masih belum dapat mencintaimu sepenuh hati selagi belum aku melafazkan ijab dan qabul untuk menikahi dirimu. Namun aku memohon semoga Allah sentiasa menjaga diriku dan juga kamu. Aku takut hatiku ini dipermainkan oleh syaitan yang akan mengindahkan tali pertunangan ini. Namun, jangan bimbang jika kita jarang berhubung. Selagi Allah ada di dalam hatimu, selagi itu aku sentiasa bersamamu. Kerana yang menarik aku kepadamu ialah Ilmu yang ada pada dirimu, akhlak mu yang menghiasi dirimu.
Namun, ketahuilah iman seorang hamba selalu berubah ubah. ku pohon doa darimu semoga Allah tetapkan dan tingkatkan iman kita. agar kita lebih memahami pengertian ikatan yang akan kita bawa kelak.
Aku bukan lelaki yang penuh ilmu di dada, bukanlah lelaki yang menghafaz ber juzuk juzuk Al Quran, aku bukanlah lelaki yang alim tentang ilmu islam. tapi, aku masih belajar tentang semua itu.
Aku tidak menjaminkan kemewahan, aku tidak menjaminkan kekayaan, aku tidak boleh menjamin apa apa kerana aku milik Tuhanku. Lantas, aku pohon doamu dan keluarga mu, agar kita sama sama memiliki kebahagiaan yang Hakiki dari Rabb di dunia dan akhirat, di Syurga dunia dan syurga Akhirat. Ku pohom ampun dan maaf sekiranya warkah ini membuatmu tersinggung. Yang ku harapkan redha Allah kepada kita. Setelah menikah, aku pasti akan mencintaimu sepenuh hatiku, kerna Engkau Bidadari Syurgaku.
Amirul Izzat.